Pengunjung borong lebih 15 naskhah di Jualan Gudang Karangkraf

Pengunjung melihat promosi yang ditawarkan sempena hari pertama Jualan Gudang Karangkraf 2024 di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Khamis.
Pengunjung melihat promosi yang ditawarkan sempena hari pertama Jualan Gudang Karangkraf 2024 di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengunjung tidak melepaskan peluang memborong pelbagai genre buku sempena hari pertama Jualan Gudang Karangkraf 2024 di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Khamis.

Kerani syarikat swasta, Nurul Ain Hidayah Hamizi, 28, berkata, penawaran diskaun sehingga 80 peratus memberinya kesempatan untuk membeli lebih 15 naskhah yang terdiri daripada novel dan buku kanak-kanak.

“Setiap tahun saya memang tertunggu-tunggu jualan gudang ini sebab tahu banyak promosi buku yang ditawarkan malah perasaan teruja saya masih sama setiap kali datang ke sini.

“Sejak saya mula baca novel genre thriller yang ditulis Ramlee Awang Murshid, saya selalu tercari-cari bahan keluaran baharu beliau untuk tambah koleksi sedia ada,” katanya kepada Sinar Harian.


Pengunjung melihat promosi yang ditawarkan sempena hari pertama Jualan Gudang Karangkraf 2024 di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Khamis.
Pengunjung melihat promosi yang ditawarkan sempena hari pertama Jualan Gudang Karangkraf 2024 di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Khamis.

Jualan Gudang Karangkraf 2024 kembali menemui pengunjung di Kompleks Kumpulan Karangkraf selama 10 hari bermula 25 Januari hingga 4 Februari ini dengan pelbagai tawaran aktiviti menarik.

Pengunjung juga berpeluang menerima potongan diskaun bagi tajuk buku terpilih dan cabutan bertuah yang bernilai sehingga RM1,500.

Sementara itu, guru, Surina Abdul Ghani, 46, mengakui bahawa jualan sebegini perlu diadakan lagi pada masa akan datang memandangkan pengunjung tidak putus-putus memberikan sokongan sepanjang ia berlangsung.

Artikel Berkaitan:

Dari kiri; Nurul Ain Hidayah, Surina dan Raja Anuar Saifudin.
Dari kiri; Nurul Ain Hidayah, Surina dan Raja Anuar Saifudin.

“Rata-rata pengunjung borong banyak buku sampai penuh bakul termasuk juga dengan saya sendiri kerana sekarang musim cuti sekolah ditambah pula orang baru gaji, jadi memang cukup meriah.

“Saya memang suka baca novel-novel genre romantik dan antara penulis kegemaran seperti Aisya Sofea, Damya Hanna dan banyak lagi.

“Saya tengok banyak tawaran menarik, contohnya kalau beli satu buku RM7 tetapi jika lima naskhah harganya baru RM20, memang berbaloi,” ujarnya.


Pengunjung melihat promosi yang ditawarkan sempena hari pertama Jualan Gudang Karangkraf 2024 di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Khamis.
Pengunjung melihat promosi yang ditawarkan sempena hari pertama Jualan Gudang Karangkraf 2024 di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Khamis.

Selain itu, pesara, Raja Anuar Saifudin, 65, memaklumkan, dia bersama isteri dan anaknya berpuas hati dengan tawaran harga yang diberikan kepada pengunjung.

“Tujuan asal kami datang sebenarnya nak cari al-Quran yang senang dibaca untuk umur begini sebab ternampak poster iklan yang disiarkan di media sosial pada minggu lepas.


Pengunjung melihat promosi yang ditawarkan sempena hari pertama Jualan Gudang Karangkraf 2024 di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Khamis.
Pengunjung melihat promosi yang ditawarkan sempena hari pertama Jualan Gudang Karangkraf 2024 di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Khamis.

“Tetapi semasa kami pusing-pusing tadi, banyak juga buku-buku lain yang menarik perhatian malah dapat pula dengan harga diskaun.

“Sekarang pun kami tengah pilih buku latihan untuk anak yang belajar di Tingkatan Tiga. Memang tak sia-sia datang dan berpuas hati kerana banyak pilihan untuk kami bertiga,” ulasnya.

Jualan Gudang Karangkraf 2024 kembali temui pengunjung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Khamis.
Jualan Gudang Karangkraf 2024 kembali temui pengunjung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Khamis.