'Tolong bantu penoreh getah'

Gambar kecil: Saarin
Gambar kecil: Saarin
A
A
A

ALOR SETAR - Seramai 34,000 penoreh getah seluruh Kedah terbeban apabila harga getah terlalu rendah dan musim berangin mengakibatkan daun luruh dan susu berkurangan.

Pengerusi Pertubuhan dan Kebajikan Prihatin Kedah, Saarin Osman berkata, kerajaan negeri perlu memandang serius keadaan penoreh kerana ada penoreh yang terpaksa berhenti menoreh.

Beliau juga menuntut kerajaan menunaikan janji dengan menetapkan harga lantai bagi susu getah iaitu sebanyak RM4 sekilogram.

"Ini bukanlah perkara baharu kerana sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 lagi janji ini telah dilaungkan wakil kerajaan dalam usaha memenangi hati rakyat.

"Jadi wajar jika mereka melunaskan janji kerana sesuai pada waktunya untuk memberi kelegaan kepada penoreh," katanya ketika dihubungi hari ini.

Saarin berkata, kos sara hidup yang semakin tinggi dengan kenaikan harga barang seperti ikan, gula dan bawang menyesakkan lagi hidup golongan berkenaan.

"Bayangkan harga getah hanya RM2.25 yang belum mampu membeli ikan kembung dan bawang berharga RM8 sekilogram.

Tambah Saarin, kadar bantuan tanaman semula getah sebanyak RM9,230 sehektar juga perlu dikaji semula kerana kadar berkenaan ditetapkan pada tahun 2010.

Artikel Berkaitan:

"Semua itu perlu berubah mengikut keperluan ketika ini yang semuanya sudah mahal," katanya.