Pengarah syarikat ditahan disyaki sogok penjawat awam untuk dapat projek

Suspek (tengah) direman selama empat hari bermula Selasa.
Suspek (tengah) direman selama empat hari bermula Selasa.
A
A
A

MELAKA - Seorang pengarah sebuah syarikat pembekalan direman empat hari kerana disyaki telah memberi suapan berjumlah RM639,104 sebagai balasan memperolehi kerja pembekalan di jabatan-jabatan kerajaan sejak tiga tahun lalu.

Perintah reman bermula Selasa sehingga Jumaat ini dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Melaka, Khairunnisak Hassni terhadap suspek yang berusia 60-an bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan individu itu ditahan SPRM Negeri Melaka kerana disyaki bertindak sebagai pemberi rasuah.

Lelaki berusia awal 60-an itu dipercayai melakukan perbuatan tersebut bagi mendapatkan kerja-kerja perolehan di jabatan-jabatan kerajaan.

Sumber berkata, penahanan terhadap suspek dilakukan selepas disyaki merasuah penjawat awam di pelbagai jabatan kerajaan dengan membayar wang berjumlah belasan hingga puluhan ribu ringgit bagi memastikan kerja-kerja pembekalan di jabatan berkenaan diperolehi.

"Suspek ditahan di Pejabat SPRM Melaka kira-kira jam 12 tengah hari Isnin bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Mohd Shahril Che Saad yang dihubungi mengesahkan penahanan suspek terbabit dan tidak menolak kemungkinan akan memanggil beberapa penjawat awam pelbagai jabatan untuk memberikan kerjasama.

Menurutnya beliau, rantaian kartel rasuah sebegini perlu dinoktahkan bagi mengelak kerja-kerja monopoli projek pembekalan di Jabatan-jabatan Kerajaan di Negeri Melaka terus berlaku.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!