Empat remaja jadi buruh paksa diselamatkan

Hazril (kiri) bertanyakan sesuatu kepada warga asing yang ditahan di sebuah kilang barang lusuh di Telok Gong, Klang, Selangor pada Isnin.
Hazril (kiri) bertanyakan sesuatu kepada warga asing yang ditahan di sebuah kilang barang lusuh di Telok Gong, Klang, Selangor pada Isnin.
A
A
A

KLANG - Empat remaja termasuk tiga perempuan warga Myanmar berjaya diselamatkan dalam serbuan di tiga lokasi berasingan di Telok Gong, dekat sini pada Isnin.

Operasi bersepadu itu dijalankan oleh Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan dibantu Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Asisten Komisioner Hazril Kamis berkata, operasi bersepadu dikenali sebagai Op Khas Aman itu dilaksanakan di tiga buah kilang barang lusuh yang beroperasi secara haram di sekitar Telok Gong.

Beliau berkata, serbuan bermula jam 2 petang itu berjaya menahan kira-kira 100 warga asing yang kebanyakannya dari Myanmar dan Indonesia.

"Hasil pemeriksaan dilakukan, kita mendapati empat remaja ditahan berumur antara 14 hingga 16 tahun membabitkan tiga perempuan dan seorang lelaki.

Sebahagian warga asing yang ditahan di sebuah kilang barang lusuh di Telok Gong, Klang, Selangor pada Isnin.
Sebahagian warga asing yang ditahan di sebuah kilang barang lusuh di Telok Gong, Klang, Selangor pada Isnin.

"Kita percaya pihak majikan telah melakukan kesalahan iaitu melakukan eksploitasi buruh paksa melibatkan remaja ini," katanya dalam sidang akhbar pada Isnin.

Sebanyak 80 anggota polis terlibat dalam tiga serbuan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Hazril berkata, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk siasatan lanjut.

"Umur warga asing paling tua yang ditahan dan pemeriksaan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti umur sebenar kesemua mereka.

Beliau berkata, kesemua premis dipercayai beroperasi sejak enam bulan lalu itu dikenakan pemotongan elektrik oleh TNB.

"Premis haram juga melakukan kesalahan lain di bawah akta JAS dan Imigresen. Tindakan kompaun turut dikenakan ke atas pemilik terbabit," katanya.