Tiada mesyuarat khas bincang pelantikan Yang di-Pertua Negeri

Sarawak. Foto Bernama
Sarawak. Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Pejabat Premier Sarawak hari ini menafikan terdapat perbincangan mengenai pelantikan Yang di-Pertua Negeri baharu dijalankan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Menurut kenyataan Pejabat Premier Sarawak hari ini, pihaknya ambil maklum mengenai laporan media yang menyatakan bahawa terdapat mesyuarat khas bagi membincangkan perkara berkenaan.

"Berhubung perkara tersebut, Pejabat ini ingin menjelaskan bahawa tidak ada sebarang mesyuarat untuk tujuan sedemikian,” menurut kenyataan itu.

Semalam, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelantikan Yang di-Pertua Negeri adalah kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baru-baru ini, dilaporkan Speaker Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar melepaskan jawatannya dan sedang bersiap sedia untuk menyandang jawatan Yang di-Pertua Negeri Sarawak bagi menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud.

Abdul Taib dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak ketujuh pada 1 Mac 2014, bagi menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng. - Bernama

Artikel Berkaitan: