Pilih syarikat prestasi baik bina menara telekomunikasi Jendela 2.0

Fadzli hadir menyempurnakan Majlis Pemuktamadan Pembinaan Menara Baru Jendela Fasa 1 bagi Kluster 31 dan 32 di Kampung Salang, Mukim Penjom, Lipis pada Jumaat.
Fadzli hadir menyempurnakan Majlis Pemuktamadan Pembinaan Menara Baru Jendela Fasa 1 bagi Kluster 31 dan 32 di Kampung Salang, Mukim Penjom, Lipis pada Jumaat.
A
A
A

KUANTAN - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu memilih syarikat-syarikat berprestasi baik untuk kerja-kerja pembinaan menara telekomunikasi di bawah Pelan Digital Negara (Jendela) 2.0 yang akan bermula tidak lama lagi.

Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri, Fadzli Mohamad Kamal berkata, keutamaan perlu diberikan kepada syarikat-syarikat yang telah menunjukkan prestasi baik dalam kerja-kerja pembinaan menara telekomunikasi di bawah Jendela 1.0 ketika ini.

Menurutnya, langkah itu penting bagi menjamin inisiatif pemerkasaan akses telekomunikasi di negeri ini berjalan lancar.

"Saya berpuas hati apabila syarikat pemberi perkhidmatan yang dilantik SKMM bagi pembinaan 29 menara baharu di kawasan penempatan luar bandar dan perkampungan Orang Asli dalam daerah Lipis berjaya menyiapkannya dalam tempoh yang ditetapkan.

"Kesemua menara tersebut telah siap dibina sekali gus menjadikannya syarikat itu yang pertama dan paling awal berjaya menyiapkan projek itu di Pahang," katanya melalui satu kenyataan pada Sabtu.

Terdahulu, beliau hadir menyempurnakan Majlis Pemuktamadan Pembinaan Menara Baru Jendela Fasa 1 bagi Kluster 31 dan 32 di Kampung Salang, Mukim Penjom, Lipis pada Jumaat.

Artikel Berkaitan: