Staf NAFAS sarung jersi ke pejabat tanda sokongan buat Harimau Malaya

Staf NAFAS menyarung jersi Harimau Malaya ke pejabat sebagai tanda sokongan buat skuad kebangsaan.
Staf NAFAS menyarung jersi Harimau Malaya ke pejabat sebagai tanda sokongan buat skuad kebangsaan.
A
A
A

PERTUBUHAN Peladang Kebangsaan (NAFAS) menggalakkan semua staf di ibu pejabat dan syarikat subsidiari untuk memakai jersi Harimau Malaya sebagai tanda sokongan terhadap pasukan negara yang beraksi dalam Piala Asia, Qatar 2023.

Menurut NAFAS, inisiatif itu mampu menyemarakkan semangat kesukanan dan sokongan padu kepada skuad Harimau Malaya.

“Idea untuk menyarankan staf menyarung jersi ini secara tidak langsung dapat menghebahkan kepada lebih ramai orang mengenai penyertaan Malaysia di Piala Asia.

“Momen ini pasti akan menjadi kenangan kepada staf NAFAS dan memberi pengalaman baharu kerana buat julung kalinya pekerja diberi kelonggaran untuk berpakaian jersi ke pejabat,” katanya pada Jumaat.

Ucapan daripada NAFAS buat skuad Harimau Malaya.
Ucapan daripada NAFAS buat skuad Harimau Malaya.

Hadir sama, Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, Datuk Zamri Yaakob bersama pengurus besarnya, Muhammad Faris Arriffin dan staf NAFAS di ibu pejabat berkenaan.

Skuad kebangsaan bakal berdepan Bahrain di Stadium Jassim Bin Hammad pada Sabtu ini dan tekad meraih kemenangan dalam memastikan peluang ke pusingan 16 pasukan terbaik kembali terbuka pada pentas Piala Asia 2023.

Pengendali skuad negara, Kim Pan-gon memaklumkan, kesemua pemain juga sudah kembali dengan 'mood' positif selepas dibelasah Jordan baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, NAFAS meminta seluruh rakyat di negara ini mendoakan Harimau Malaya agar terus berjuang dalam perlawanan menentang Bahrain nanti.

“Lupakan kekalahan pada aksi pertama dalam Kumpulan E menentang Jordan pada Selasa lalu, ayuh kita doakan Harimau Malaya terus berjuang dalam perlawanan esok,” ujarnya.