Ranking Harimau Malaya jatuh mendadak

Reaksi kekecewaan para pemain Malaysia, selepas tewas pada perlawanan di antara Malaysia menentang Bahrain peringkat kumpulan E Piala Asia 2023 di Stadium Jassim Bin Hamad. - Foto Bernama
Reaksi kekecewaan para pemain Malaysia, selepas tewas pada perlawanan di antara Malaysia menentang Bahrain peringkat kumpulan E Piala Asia 2023 di Stadium Jassim Bin Hamad. - Foto Bernama
A
A
A

KEKALAHAN kepada Jordan dan Bahrain dalam kejohanan Piala Asia bakal menyaksikan ranking skuad Harimau Malaya jatuh mendadak.

Mengikut pengiraan tidak rasmi, skuad negara akan jatuh ke kedudukan ke-136 dunia berbanding pada kedudukan ke-130 dunia pada kemaskini terakhir Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 21 Disember lalu.

Kekalahan kepada Jordan 0-4 pada perlawanan pembukaan Kumpulan E pada Selasa lalu menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu kehilangan 12.65 mata.

Pada perlawanan kedua menentang Bahrain pada Sabtu, skuad negara turut tewas 0-1 sekali gus menyebabkan mereka kehilangan 12.50 mata lagi.

Selepas ini, Harimau Malaya akan berdepan Korea Selatan dalam aksi terakhir peringkat kumpulan dan jika tewas, Malaysia akan kehilangan 12.29 mata lagi.

Sebelum ini, ranking skuad negara mencatatkan peningkatan agak baik dalam ranking dunia apabila naik daripada kedudukan ke-145 ke kedudukan ke-130 sejak Pan-gon mengambil alih skuad kebangsaan pada 2022.

Artikel Berkaitan: