Peragut miliki 25 rekod lampau antara dua ditahan

Seorang lelaki ditahan polis kerana disyaki merogol anak tirinya yang berusia 18 tahun di Bukit Horizon pada 24 November lalu. - Gambar hiasan
Seorang lelaki ditahan polis kerana disyaki merogol anak tirinya yang berusia 18 tahun di Bukit Horizon pada 24 November lalu. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang penjenayah tegar yang mempunyai 25 rekod jenayah antara dua lelaki yang ditahan selepas meragut seorang wanita di hadapan rumah mangsa di Jalan Intan Batu 3 Shah Alam, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, wanita berkenaan didatangi empat lelaki yang menaiki dua motosikal sebelum seorang daripada mereka meragut rantai lehernya.

Beliau berkata, kejadian itu disedari oleh anak lelaki mangsa yang mengejar kumpulan berkenaan dengan menunggang motosikal dan dengan bantuan orang ramai berjaya menahan seorang daripada suspek iaitu lelaki berusia 33 tahun, di susur masuk Jalan Utara berhampiran Lebuhraya Persekutuan.

"Siasatan terhadap lelaki berkenaan mendapati dia mempunyai sebanyak 25 rekod jenayah, lima rekod dadah dan empat rekod dikehendaki membabitkan kes dadah, polis turut menemukan rantai leher yang diragut pada lelaki berkenaan dianggarkan bernilai RM3,000,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Menurut Wan Azlan, hasil siasatan lanjut terhadap suspek membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 30 tahun semalam yang turut terlibat dalam jenayah itu.

"Suspek pertama yang positif dadah jenis syabu telah dituduh pada hari ini di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana rompakan berkumpulan sementara suspek kedua direman sehingga 23 Januari ini,” katanya.

Wan Azlan berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu serta dua lagi suspek yang masih bebas diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-78627100. - Bernama

Artikel Berkaitan: