10 individu terlibat penyeludupan migran ditahan

Bot, kereta dan wang tunai serta telefon yang dirampas. Foto IPD Pontian
Bot, kereta dan wang tunai serta telefon yang dirampas. Foto IPD Pontian
A
A
A

PONTIAN - Seramai 10 individu ditahan di sini pada Rabu kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan migran.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, lima daripada individu berkenaan melibatkan dua tekong laut, dua tekong darat dan seorang transporter.

Menurutnya, polis turut menahan lima migran yang cuba keluar masuk ke Malaysia menerusi jalan yang tidak diwartakan.

"Pada jam 11.15, Rabu lalu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Daerah Pontian bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Dua (Kukup) telah menahan dua tekong laut, dua tekong darat dan seorang transpoter dipercayai terlibat dalam aktiviti berkenaan.

"Selain menahan 10 individu tersebut, polis turut merampas sebuah kereta dan bot dipercayai digunakan sebagai pengangkutan dalam aktiviti (penyeludupan), tersebut," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 26A Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Kes juga disiasat di bawah Seksyen 26J Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih (5) tahun dan juga boleh dikenakan denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Kes turut disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada (3) bulan dan tidak melebihi (2) tahun dan sebat tidak kurang dari (3) sebatan jika sabit kesalahan.

Artikel Berkaitan: