Reformasi pilihan raya: Pas nyatakan pendirian masa terdekat

Takiyuddin
Takiyuddin
A
A
A

SHAH ALAM - Pas akan menyatakan pendirian parti itu mengenai cadangan mereformasikan sistem pilihan raya oleh Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (ERC) selepas mesyuarat jawatankuasa khusus mengenai perkara tersebut selesai diadakan dalam masa terdekat.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, jawatankuasa itu akan dipengerusikan Naib Presiden Pas yang juga Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Menurutnya, jawatankuasa berkenaan diwujudkan bagi mengkaji dan meneliti cadangan ERC dan selepas itu barulah Pas akan memutuskan pendirian parti berhubung perkara tersebut.

“Kita akan kaji segala perancangan atau pun cadangan yang dibuat oleh ERC itu dan kenyataan rasmi akan dibuat selepas itu.

“Memang kita (Pas) sedar mengenai cadangan itu dan kita sedang teliti dengan lebih lanjut,” katanya kepada Sinar Harian.

Takiyuddin berkata, perkara itu juga akan dibincangkan dalam mesyuarat tahunan parti yang akan diadakan pada 11 Januari depan.

“11 Januari ini kita ada mesyuarat tahunan parti dan kita akan bentangkan di situ (dalam mesyuarat) dan selepas itu jawatankuasa khas terbabit akan membentangkan pula dalam Jawatankuasa Kerja Pas Pusat sebelum kenyataan rasmi dikeluarkan,” katanya.

Artikel Berkaitan: