BDB Land, Enfiniti Escapes jalin MoU bangunkan eko-pelancongan di Darulaman Sanctuary

Pengarah Eksekutif Bina Darulaman Berhad (BDB), Raja Shahreen Raja Othman (duduk, tengah) mewakili Bina Darulaman Land dan Presiden, Enfiniti Group of Companies, Puan Sri Tiara Jacquelina (duduk, kiri) menandatangani MoU bagi membangunkan eko-pelancongan di Darulaman Sanctuary, Langkawi, semalam.
Pengarah Eksekutif Bina Darulaman Berhad (BDB), Raja Shahreen Raja Othman (duduk, tengah) mewakili Bina Darulaman Land dan Presiden, Enfiniti Group of Companies, Puan Sri Tiara Jacquelina (duduk, kiri) menandatangani MoU bagi membangunkan eko-pelancongan di Darulaman Sanctuary, Langkawi, semalam.
A
A
A

LANGKAWI - BDB Land Sdn. Bhd. (BDB Land), anak syarikat penuh Bina Darulaman Berhad (BDB) mengumumkan untuk mengadakan kerjasama dengan Enfiniti Escapes (M) Sdn. Bhd. dengan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk pembangunan dalam sektor eko-pelancongan.

Pengarah Eksekutif BDB, Raja Shahreen Raja Othman berkata dengan termeterainya MoU tersebut, kedua-dua pihak merancang untuk menjalinkan usahasama bagi membangunkan forest chalet atau pembangunan berkonsepkan eko-pelancongan di Darulaman Sanctuary, Lubuk Semilang, Langkawi, Kedah.

Menurut beliau, cadangan untuk membangunkan pembangunan tersebut di kawasan seluas 10 ekar di Darulaman Sanctuary di mana BDB Land akan menjalankan kajian pelan ukuran terperinci di atas kawasan yang akan dikenalpasti untuk dibangunkan.

“Pihak Enfiniti Escapes pula akan memfokuskan daripada konsep keseluruhan serta reka bentuk pembangunan berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan oleh pihak BDB Land.

“Di samping itu juga, bagi memastikan pembangunannya sejajar dengan matlamat pemuliharaan dan kemampanan alam sekitar, BDB Land akan bekerjasama dengan FRIM Incorporated Sdn Bhd bagi mendapatkan khidmat nasihat dan kepakaran mereka,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Raja Shahreen berkata demikian selepas menandatangani MoU antara BDB Land dan Enfiniti Escapes Sdn. Bhd. di Darulaman Sanctuary, Lubuk Semilang, Langkawi, Kedah.

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Pengerusi Enspire Ventures, Tan Sri Mohd Effendi Norwawi, Presiden, Enfiniti Group of Companies, Puan Sri Tiara Jacquelina, Pegawai Daerah Langkawi, Mohamad Subhi Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah, Datuk Wira Isahak Murat.

Artikel Berkaitan:

Kedua-dua pihak merancang untuk menjalinkan usahasama bagi membangunkan forest chalet atau pembangunan berkonsepkan eko-pelancongan.
Kedua-dua pihak merancang untuk menjalinkan usahasama bagi membangunkan forest chalet atau pembangunan berkonsepkan eko-pelancongan.

Tambah Raja Shahreen lagi, perancangan usahasama itu merupakan satu lagi usaha berterusan yang akan dilaksanakan BDB menerusi BDB Land bagi mewujudkan tarikan baharu di Langkawi yang secara tidak langsung ianya akan membantu Kerajaan Negeri Kedah membangunkan pulau peranginan tersebut.

Jelas beliau, tahun lalu BDB Land telah mengumumkan pembangunan Perumahan Mampu Milik Aman Nusa, di Bandar Kuah dan BDB Infra Sdn Bhd, yang juga merupakan anak syarikat BDB menandatangani perjanjian jualan saham di antara Gemi Puncak Sdn Bhd

dan juga Gemi Puncak Quarry Sdn Bhd, dan sekaligus menjadikan Kumpulan BDB sebagai pemilik kuari granit yang terbesar di Langkawi yang berkeluasan 60 ekar.

“Dengan adanya usahasama terbaharu ini, saya mengharapkan ianya bakal melonjakkan lagi nama serta memberi nilai tambah baharu kepada Darulaman Sanctuary khasnya dan Langkawi amnya terutamanya melibatkan sektor eko-pelancongan bukan sahaja kepada pelancong tempatan malahan juga luar negara.

“BDB berharap untuk terus terlibat secara langsung dalam pembangunan di Langkawi serta mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak terutamaanya pihak berkuasa tempatan, agensi dan jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan untuk kita bersama-sama membangunkan pulau peranginan ini,” jelasnya.