Netizen risau perang dunia ketiga akan berlaku

'World War 3' atau perang dunia ketiga kini trending di Twitter.
'World War 3' atau perang dunia ketiga kini trending di Twitter.
A
A
A

BAGHDAD - Warga maya di media sosial menyatakan kerisauan berlakunya perang dunia ketiga dalam masa terdekat susulan serangan di sebuah lapangan terbang di Baghdad, Iraq awal pagi tadi yang telah mengorbankan komander tertinggi tentera elit Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Mejar Jeneral Qassim Suleimani.

Menurut Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, serangan itu telah diarahkan sendiri oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang bertujuan dalam tindakan pertahanan bagi melindungi kakitangan Amerika Syarikat (AS) di luar negara.

Selepas media-media antarabangsa mengesahkan kejadian serangan yang membunuh salah seorang jeneral tertinggi Iran ini, 'World War 3' atau perang dunia ketiga, Iran dan Islam dilihat menjadi trending di Twitter.

Warga maya di media sosial menyatakan kerisauan berlakunya perang dunia ketiga. Gambar kanan: Qassim Suleimani
Warga maya di media sosial menyatakan kerisauan berlakunya perang dunia ketiga. Gambar kanan: Qassim Suleimani

"Perkara yang dilakukan ini besar dan melampau dan sekarang ini Amerika mahu perang dunia ketiga berlaku di Asia dan akan menikmati kemusnahan dunia khususnya umat Islam dari benua lain," tulis @13fariha di Twitter.

@Jemima_Khan pula memberitahu, "Amerika baru sahaja membunuh Qassim Suleimani, orang yang paling berkuasa di Iran. Mengejutkan dan sukar untuk melihat bagaimana ini tidak akan menjadi perang."

Untuk info, hubungan Washington dan Tehran tidak begitu baik sebelum ini dan serangan oleh AS ini dilihat akan mengeruhkan keadaan dan hubungan di antara kedua-dua negara kuasa nuklear itu.

Dalam pada itu, menurut media antarabangsa, pemimpin tertinggi Iran untuk kali pertamanya dilaporkan telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Keselamatan Kebangsaan susulan insiden serangan itu.

Artikel Berkaitan:

Terkini menurut Reuters, Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Baghdad menyeru rakyat Amerika Syarikat meninggalkan Iraq dengan kadar segera.

Israel pula dilaporkan oleh AFP kini sedang mengadakan mesyuarat tergempar susulan pembunuhan Soleimani.