Tanzania keluarkan amaran penularan wabak mata merah

Gambar hiasan. Foto 123RF
Gambar hiasan. Foto 123RF
A
A
A

DAR ES SALAAM - Pihak berkuasa kesihatan Tanzania pada Isnin mengeluarkan amaran peringkat tinggi berhubung wabak penyakit mata merah yang menyebabkan kemerahan pada mata, kebanyakannya disebabkan oleh saluran darah yang membesar atau bengkak, lapor Xinhua.

Pengarah Perkhidmatan Kuratif di Kementerian Kesihatan Pascal Ruggajo berkata, siasatan awal menunjukkan kebanyakan individu telah dijangkiti penyakit itu di negara ini.

Dalam sidang media di sini Ruggajo berkata, terdapat peningkatan dalam bilangan pesakit dengan penyakit mata merah yang dilaporkan di pusat-pusat kesihatan di Tanzania.

Menurut beliau, terdapat 869 pesakit yang mengalami penyakit mata merah di Dar es Salaam antara 22 Disember 2023 dan 11 Januari 2024.

Beliau berkata, antara gejala penyakit mata merah termasuk gatal-gatal pada mata, rasa pedih mata dan mata berair.

Ruggajo berkata, terdapat pelbagai rawatan untuk penyakit mata merah, termasuk mencuci kelopak mata dengan lembut dan mengurutnya dengan ringan selain mendapatkan nasihat dan ubat daripada pakar penjagaan mata. - Bernama-Xinhua

Artikel Berkaitan: