Pihak Berkuasa Palestin harus tadbir Gaza dan Tebing Barat - Biden

Joe Biden
Joe Biden
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berkata, Pihak Berkuasa Palestin (PA) seharusnya diberi kuasa sepenuhnya untuk mentadbir Semenanjung Gaza dan Tebing susulan perang antara Israel dan Hamas.

“Ketika kita sedang berusaha mencari perdamaian, Gaza dan Tebing Barat harus bersatu di bawah sebuah struktur pentadbiran kerajaan, sepenuhnya di bawah PA, selain berusaha mencari penyelesaian penubuhan dua negeri,” kata Biden dalam artikel yang disiarkan di Washington Post pada Sabtu.

“Tidak seharusnya ada pengusiran rakyat Palestin dari Gaza, tiada penempatan semula, tiada kepungan dan pembatasan akses di wilayah,” tegas Biden.

Presiden AS itu memilih menulis dalam ruangan perkongsian pendapat di akhbar berkenaan sebagai menjawab apa rancangan AS buat di Gaza sebaik perangan berakhir.

Dalam perkembangan sana, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu seiring dengan rancangan Biden melakukan bahawa PA harus mentadbir Gaza.

“Saya filkir PA pada masa ini tidak memiliki keupayaan untuk memikul tanggungjawab untuk mentadbir Gaza selepas apa yang kita lakukan dan peperangan yang berlaku,” kata Netanyahu dalam sidang media di Tel Aviv.

Sebelum ini, Netanyahu berkata, Israel harus mempertahankan “tanggungjawab ketenteraan sepenuhnya” di Gaza dalam usaha mencapai “masa depan yang sukar digambarkan.”

PA pernah mentadbir Tebing Barat dan Gaza, namun, disingkirkan selepas tercetus konflik dengan Hamas pada 2007.

Dalam perkembangan sama, Presiden Palestin Mahmoud Abbas menggesa Biden untuk memberi tekanan kepada Israel supaya menghentikan keganasan ke atas rakyat Palestin.

Artikel Berkaitan:

“Saya juga meminta kamu (Biden) dengan segera campur tangan menghentikan serangan oleh tentera Israel dan keganasan berterusan ke atas rakyat kami di Tebing Barat dan Jerusalem yang memberi bayangan akan berlaku konflik dalam masa terdekat,” jelas Mahmoud dalam ucapan yang disiarkan di TV Palestin.

Tebing Barat merupakan penempatan bagi tiga juta rakyat Palestin yang turut mendiaminya bersama lebih setengah juta penduduk Yahudi. - Agensi/Awani