Premis barang lusuh tanpa lesen dikompaun

Kompaun dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil 3, Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPK) 2007
Kompaun dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil 3, Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPK) 2007
A
A
A

KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengeluarkan kompaun terhadap pemilik premis barang lusuh dalam satu operasi dijalankan di Jalan keretapi Lama di sini pada Selasa.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dalam satu kenyataan memaklumkan operasi berkenaan dijalankan sekumpulan anggota Jabatan Perlesenan dan Jabatan Penguatkuasa MPK.

"Pemeriksaan telah dijalankan di premis menjalankan aktiviti seperti menyimpan dan memborong barang lusuh di Lot 395, Jalan Keretapi Lama, Klang.

Operasi dijalankan sekumpulan anggota Jabatan Perlesenan dan Jabatan Penguatkuasa MPK.
Operasi dijalankan sekumpulan anggota Jabatan Perlesenan dan Jabatan Penguatkuasa MPK.

"Siasatan selanjutnya mendapati premis beroperasi tanpa lesen perniagaan yang sah dari pihak Majlis (MPK) dan satu kompaun dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil 3, Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPK) 2007," menurut MPK dalam kenyataan itu di laman Facebooknya pada Selasa.

Dalam pada itu, operasi kutu sampah turut dijalankan Jabatan Perkhidmatan Persekitaran MPK dan sebanyak 21 kompaun dikeluarkan terhadap warga asing yang membuang sampah merata-rata di sekitar Jalan Pos Baru di sini pada Ahad.

Menurut MPK, perbuatan itu merupakan satu kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil 4, Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (MPK) 2007.

Artikel Berkaitan: