Peniaga online rugi lebih RM70,000, tertipu pelaburan bitcoin

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

KUANTAN - Seorang peniaga dalam talian kerugian RM70,822 selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa merupakan seorang wanita berusia 38 tahun itu menerima tawaran skim pelaburan bitcoin melalui aplikasi WhatsApp pada 10 Januari lalu.

Menurutnya, mangsa berminat dengan tawaran tersebut selepas tertarik dengan pulangan lumayan dijanjikan.

"Mangsa berjaya diperdaya hingga membuat 25 transaksi bayaran dengan jumlah keseluruhan RM70,822 melalui tujuh akaun bank berbeza sebelum menyedari ditipu," katanya.

Yahaya berkata, susulan kejadian, mangsa tampil membuat laporan polis di sebuah balai di Cameron Highlands.

Justeru katanya, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan sindiket pelaburan tidak wujud dan jangan mudah terpengaruh dengan keuntungan lumayan dijanjikan.

"Orang ramai juga diingatkan agar membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima melalui pautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi bagi mengelak menjadi mangsa penipuan," ujarnya.

Artikel Berkaitan: