Parti Imran Khan dilarang bertanding PRU Pakistan

Pengerusi parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI), Gohar Ali Khan (tengah) bercakap kepada pemberita selepas perbicaraan kes simbol pilihan raya parti itu di Mahkamah Agung di Islamabad, Pakistan. Foto EPA
Pengerusi parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI), Gohar Ali Khan (tengah) bercakap kepada pemberita selepas perbicaraan kes simbol pilihan raya parti itu di Mahkamah Agung di Islamabad, Pakistan. Foto EPA
A
A
A

ISLAMABAD - Mahkamah Agung Pakistan melarang parti bekas Perdana Menteri, Imran Khan daripada bertanding dalam pilihan raya Umum (PRU) akan datang, keputusan yang dilihat memberi tamparan hebat kepada parti yang masih popular dalam kalangan rakyat itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Dalam keputusan yang diumumkan sekitar tengah malam, mahkamah itu melarang parti Imran daripada menggunakan simbol parti itu iaitu kayu kriket pada kertas undi kerana gagal mengadakan pemilihan parti yang diwajibkan.

Keputusan itu bermakna ratusan calon Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) perlu bertanding sebagai calon bebas dan menggunakan simbol yang berbeza.

Langkah itu mungkin menyukarkan lebih 100 juta pengundi yang layak untuk memilih parti pilihan mereka pada PRU yang dijadualkan pada 8 Februari.

Sementara itu pemimpin dan ahli PTI mengutuk keputusan itu.

"Keputusan oleh mahkamah tertinggi telah mencemarkan pilihan raya palsu ini dengan lebih teruk lagi," menurut Zulfi Bukhari, pemimpin kanan PTI dan pembantu rapat bekas Perdana Menteri Imran dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa pilihan raya di Pakistan pada bulan lepas menolak kertas pencalonan Imran untuk PRU akan datang. - Bernama-dpa

Artikel Berkaitan: