Lokasi kakitangan PBT maut sering berlaku kemalangan

Cuba mengelak jalan raya berlubang dipercayai punca kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) maut dalam kemalangan di Kampung Sentosa Jaya, Jalan Sandakan-Lahad Datu, pada Sabtu.
Cuba mengelak jalan raya berlubang dipercayai punca kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) maut dalam kemalangan di Kampung Sentosa Jaya, Jalan Sandakan-Lahad Datu, pada Sabtu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Lokasi seorang kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) maut dalam nahas di Kampung Sentosa Jaya, Jalan Sandakan-Lahad Datu pada Sabtu dikenal pasti sebagai laluan sering berlakunya kemalangan.

Difahamkan, papan tanda had laju telah dipasang sebagai peringatan kepada pengguna jalan raya.

Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, menurut laporan yang diperoleh daripada Jabatan Kerja Raya (JKR), laluan tersebut ialah jalan Persekutuan.

Menurut Shahelmey, jajarannya secara relatif adalah lurus dan merupakan kawasan dikatakan sering berlaku kemalangan.

"Pihak JKR atau konsesi ada memasang papan tanda had laju 50 kilometer per jam (50km/jam) pada jarak 150 meter sebelum tempat kemalangan.

"Dimaklumkan juga memang terdapat beberapa kerosakan permukaan jalan yang memerlukan penyelenggaraan berkala," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Shahelmey berkata, cuaca hujan hampir setiap hari antara punca keadaan jalan menjadi cepat merosot.

"JKR daerah dan pihak konsesi diarah untuk lebih proaktif bagi mengurus kerja-kerja penyelenggaraan dengan lebih ketat," tegasnya.

Artikel Berkaitan:

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah dalam pada itu turut mengambil kesempatan menzahirkan simpati kepada keluarga yang terlibat.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Mohamad Izuan Mambasang, 39, maut akibat tersepit di bahagian pemandu manakala rakannya dikenali sebagai Ahmad Din Ahmad cedera dan Muhd Saufi Ahmad, 26, terselamat.