Guna sampan seludup daging babi, ayam sejuk beku

Kastam Kelantan merampas isi ayam sejuk beku sebanyak di sebuah premis di Kampung Bechah Keranji, Pasir Tumboh.
Kastam Kelantan merampas isi ayam sejuk beku sebanyak di sebuah premis di Kampung Bechah Keranji, Pasir Tumboh.
A
A
A

KOTA BHARU - Tindakan penyeludup membawa masuk daging babi dan ayam sejuk beku ke negara ini menggunakan sampan berjaya ditumpaskan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) Kelantan pada Khamis.

Bertindak atas maklumat Unit Risik Zon Timur pada jam 12.50 pagi, Pasukan Operasi Bahagian Penguatkuasaan Kota Bharu telah berjaya mematahkan cubaan menyeludup di pangkalan haram Mentua, Pengkalan Kubur, Tumpat.

Pengarahnya, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, pihaknya telah mengekori dan berjaya menahan sebuah lori jenis Volvo di Kampung Gertak Serong, Tendong, Pasir Mas.

"Pada masa sama, kita turut menahan pemandu dan kelindan untuk membantu siasatan bagi mengenalpasti pemilik sebenar kepada barangan tersebut.

"Jumlah rampasan daging khinzir sejuk beku yang diseludup adalah sebanyak 12,980 kilogram (kg) dengan anggaran nilai RM116,820," katanya.

Daging babi yang dirampas Kastam Kelantan pada Khamis.
Daging babi yang dirampas Kastam Kelantan pada Khamis.

Menurut beliau, modus operandi yang digunakan adalah membawa masuk daging khinzir sejuk beku tersebut dari negara jiran menggunakan sampan.

Ujarnya, barangan itu kemudian dimuatkan ke dalam lori kontena untuk dibawa ke Pantai Barat.

Artikel Berkaitan:

Wan Jamal Abdul Salam memberitahu, sebelum itu pihaknya berjaya merampas isi ayam sejuk beku sebanyak 2,850 kilogram (kg) di sebuah premis di Kampung Bechah Keranji, Pasir Tumboh.

Tambah beliau, pada masa sama, anggota JKDM turut menahan seorang lelaki berusia 56 tahun yang berada di premis itu.

“Nilai rampasan dianggarkan bernilai RM15,247 termasuk jumlah duti RM6,099.

"Siasatan mendapati, kesemua daging ayam sejuk beku itu diseludup dari negara jiran menggunakan sampan," katanya.