'Kami ke sini bukan curi pekerjaan, atau ambil alih negara ini' - Merhom

Pelarian Rohingnya adalah mangsa perang yang terpaksa melarikan diri dari negara asal Myanmar bagi mencari perlindungan di Malaysia. - Gambar hiasan. Gambar kecil: Zafar Ahmad
Pelarian Rohingnya adalah mangsa perang yang terpaksa melarikan diri dari negara asal Myanmar bagi mencari perlindungan di Malaysia. - Gambar hiasan. Gambar kecil: Zafar Ahmad
A
A
A

SHAH ALAM - Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhom) menegaskan kehadiran pelarian Rohingnya ke Malaysia bukanlah untuk mengancam atau merampas hak rakyat di negara ini.

Sebaliknya menurut Presidennya, Zafar Ahmad Abdul Ghani mereka adalah mangsa perang yang terpaksa melarikan diri dari negara asal Myanmar bagi mencari perlindungan di Malaysia.

"Kami datang ke sini bukan untuk mencuri pekerjaan penduduk tempatan atau mengambil alih negara ini.

"Kami datang ke sini, hanya mencari perlindungan buat sementara waktu sehingga Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menemui jalan penyelesaian yang tuntas buat kami," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tambahnya, ketika dunia menyambut Hari Hak Asasi Manusia pada hari ini, sudah tiba masanya juga untuk dunia menghentikan aktiviti xenophobia dan kempen kebencian terhadap pelarian.

"Memandangkan komuniti yang mudah terdedah seperti pelarian, pendatang dan penduduk tanpa kerakyatan sedang menghadapi xenofobia dan ucapan kebencian yang berterusan di seluruh dunia, adalah penting untuk dunia mengetahui tentang kewujudan mereka bagi memastikan keselamatan dan maruah semua manusia sejagat perlu dijamin dan dipelihara," katanya.

Dalam pada itu bersempena dengan sambutan hari berkenaan juga, Zafar menyeru kepada semua negara anggota Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), masyarakat sivil dan warga global untuk bekerjasama bagi memastikan kesejahteraan untuk semua manusia.

"Marilah bersama-sama kita menjamin kebebasan, kesaksamaan dan keadilan untuk semua," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tegasnya lagi, peperangan bukanlah jalan kepada penyelesaian sesuatu konflik sebaliknya ia perlu ditangani di meja rundingan secara kolektif dan berterusan.

"Jalan akhir yang ada ialah menerusi tindakan undang-undang melalui Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)," katanya lagi.

@sinarharianonline

'Kami ke sini bukan curi pekerjaan atau ambil alih negara' #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Rohingya #Myanmar

My Heart Will Go On (Titanic) - Maliheh Saeedi & Faraz Taali