Semak kelayakan terima pencen penakat, ilat

Skuad Prihatin Perkeso Pahang diketuai Tarmizi (tengah) hadir ke rumah keluarga Nor Azry di Felda Bukit Goh menyampaikan faedah pengurusan mayat dan pencen penakat.
Skuad Prihatin Perkeso Pahang diketuai Tarmizi (tengah) hadir ke rumah keluarga Nor Azry di Felda Bukit Goh menyampaikan faedah pengurusan mayat dan pencen penakat.
A
A
A

KUANTAN - Bekas pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang mengalami sakit kekal diminta membuat semakan kelayakan untuk menerima faedah skim ilat atau sebaliknya.

Pengarah Perkeso Pahang, Tarmizi Mokhtar berkata, rekod Perkeso mendapati masih ramai pesakit yang layak tidak membuat semakan tersebut.

Menurutnya, waris atau keluarga kepada pekerja yang meninggal dunia sebelum usia 60 tahun layak menerima skim pencen penakat dan skim pencen ilat mengikut terma dan syarat.

Tarmizi
Tarmizi

"Mereka boleh datang ke Perkeso untuk membuat semakan," katanya selepas menyerahkan wang Faedah Pengurusan Mayat (FPM) Perkeso berjumlah RM2,000 dan pencen penakat kepada pembantu tadbir Balai Polis Bukit Tinggi, Nor Azry Mohd Roshddin, 33.

Nor Azry menerima faedah Perkeso itu selepas isterinya Siti Khadijah Haron, 33, meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 27 Disember lalu di Lebuh Raya Utara Selatan Pulau Pinang.

Tarmizi berkata, Siti Khadijah mencarum RM23.60 selama 63 bulan bermula 1.8.2016 dan selepas itu beliau tidak lagi bekerja dan mencarum namun semakan mendapati warisnya layak menerima pencen penakat.

Artikel Berkaitan:

Nor Azry (tengah) bersama ibu bapa dan dua anaknya merenung keratan akhbar memaparkan tragedi yang meragut isteri dan anak bongsunya.
Nor Azry (tengah) bersama ibu bapa dan dua anaknya merenung keratan akhbar memaparkan tragedi yang meragut isteri dan anak bongsunya.

"Suami dan dua anak arwah juga menerima pencen penakat dengan keseluruhan RM475 sebulan. Bagi anak sulung arwah, Nur Qisya Mardhia, 8, berakhir pada usia 21 tahun dan bahagiannya akan terus diterima anak kedua arwah, Muhammad Khalif Naufal, 5, yang alami masalah kelainan upaya," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Balai Bentong, Deputi Superintendan Shahril Abd Rahman, berkata, pihaknya akan memberi bantuan kebajikan keluarga terutama anak arwah dari semasa ke semasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Suri rumah, bayi 8 bulan maut nahas enam kenderaan

'Family gathering' terakhir sebelum maut bersama bayi

Dua minggu lalu, media melaporkan Siti Khadijah dan bayi perempuannya, Nur Qaireen Marissa berusia lapan bulan meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Nibong Tebal Pulau Pinang.

Kenderaan dipandu Nor Azry dilaporkan telah dilanggar sebuah treler sebelum terperosok ke bawah sebuah lori lain.