Taktik seludup dadah guna kurier terbongkar

Bertindak atas maklumat awam, pada jam 10 pagi Bahagian Penguatkuasaan Kastam telah membuat pemeriksaan ke atas dua bungkusan plastik berwarna putih di sebuah premis kurier di Rantau
Panjang.
Bertindak atas maklumat awam, pada jam 10 pagi Bahagian Penguatkuasaan Kastam telah membuat pemeriksaan ke atas dua bungkusan plastik berwarna putih di sebuah premis kurier di Rantau Panjang.
A
A
A

KOTA BHARU - Taktik menggunakan perkhidmatan kurier untuk menyeludup dadah berjaya ditumpaskan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) Kelantan pada Khamis.

Bertindak atas maklumat awam, pada jam 10 pagi Bahagian Penguatkuasaan Kastam telah membuat pemeriksaan ke atas dua bungkusan plastik berwarna putih di sebuah premis kurier di Rantau Panjang.

Pemeriksaan yang dijalankan membawa kepada rampasan 168 biji methamphetamine.
Pemeriksaan yang dijalankan membawa kepada rampasan 168 biji methamphetamine.

Pengarahnya, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, pemeriksaan yang dijalankan membawa kepada rampasan 1,490.39 gram ketulan mampat daun ganja dan 168 biji methamphetamine.

"Nilai terlibat untuk kedua-dua rampasan adalah berjumlah RM5,853.09.

"Berdasarkan jumlah berat dadah yang diperolehi, rampasan ini telah berjaya membanteras daripada diedarkan kepada lebih 7,000 orang penagih dadah," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Taktik menggunakan perkhidmatan kurier untuk menyeludup dadah berjaya ditumpaskan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) Kelantan pada Khamis.
Taktik menggunakan perkhidmatan kurier untuk menyeludup dadah berjaya ditumpaskan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) Kelantan pada Khamis.

Menurut beliau, modus operandi yang digunakan adalah membawa masuk dagangan tersebut melalui pangkalan-pangkalan haram yang berada di persisir sungai dan menggunakan perkhidmatan kurier untuk dihantar kepada pelanggan mengikut tempahan.

Artikel Berkaitan: