Reman lelaki warga Indonesia seludup dadah RM1.9 juta disambung

Laporan Sinar Harian pada Isnin lalu.
Laporan Sinar Harian pada Isnin lalu.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Reman seorang lelaki warga Indonesia yang cuba menyeludup keluar dadah bernilai RM1.9 juta disambung enam hari sehingga Isnin depan.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ramli Kasa berkata, kebenaran lanjutan reman terhadap suspek berusia 21 tahun itu diperoleh pada Rabu.

Menurut beliau, suspek sebelum ini direman selama enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Tempoh reman ke atas lelaki itu disambung enam hari lagi sehingga 2 Oktober depan," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Ramli berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut dan tiada penahanan suspek lain setakat ini.

Sinar Harian pada Isnin lalu melaporkan, ribut kencang dan laut bergelora menjadi penghalang kepada seorang lelaki disyaki warga Indonesia menyeludup keluar dadah bernilai RM1.9 juta di sebuah jeti nelayan di Sungai Buloh, Jeram di sini pada Jumaat lalu.

Kejadian jam 2.30 pagi itu berlaku ketika suspek dipercayai sedang menunggu sebuah bot untuk mengambil syabu dan pil ecstasy tersebut.

Artikel Berkaitan: