Hot FM minta pendapat orang ramai ‘lamar’ Tyzo

Tyzo Xander
Tyzo Xander
A
A
A

SHAH ALAM - Stesen radio Hot FM meminta pendapat orang ramai untuk ‘melamar’ penyampai radio, Tyzo Xander atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain Idris berikutan penamatan kontrak secara mengejut oleh Suria FM.

Susulan itu, ia membuka peluang kepada ramai pihak untuk menawarkan pekerjaan kepada penyampai radio tersebut.

“Semua setuju kalau Tyzo bersama Hot FM?

“Komen dan tag Tyzo okay. Kami nak lepak dengan Tyzo,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN:Khidmat Tyzo bersama Suria FM berakhir

ARTIKEL BERKAITAN:'Ini bukan keputusan saya...’ - Tyzo Xander

Sebelum ini,stesen radio Suria FM mengumumkan khidmat beliau sebagai penyampai bagi segmen Suria Petang telah berakhir.

Pengurus Besarnya, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin berkata, keputusan itu dibuat sebagai langkah merangka strategi dan perancangan baharu untuk menghasilkan produk lebih menarik.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, Tyzo juga merupakan penerima trofi Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 menyertai dunia penyiaran bersama stesen radio Muzik FM pada 16 Julai 2004.

Beliau juga pernah menyumbangkan khidmat di stesen Ultra FM dan Pi Mai FM, sebelum beralih ke Selangor FM.