Polis minta orang ramai salur maklumat kes bakar mercun di pangsapuri

Video tular memaparkan insiden mercun dibakar berhampiran blok sebuah pangsapuri pada Sabtu.
Video tular memaparkan insiden mercun dibakar berhampiran blok sebuah pangsapuri pada Sabtu.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian individu yang membakar mercun di kawasan blok sebuah pangsapuri di Pelangi Damansara di sini, untuk tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, polis mengesan satu rakaman video kejadian itu yang tular pada Ahad.

"Hasil semakan, kejadian dipercayai berlaku pada Sabtu. Pemantauan di lokasi juga telah dilaksanakan pada malam Ahad, namun tiada mercun dibakar.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Mohamad Fakhrudin
Mohamad Fakhrudin

Menerusi klip video berdurasi satu minit 55 saat itu, mercun terbabit dilihat dibakar di kawasan sempit antara blok perumahan tersebut.

Tindakan itu dilihat agak berbahaya memandangkan mercun yang dibakar itu meletup hampir dengan tingkap dan unit kediaman.

Kejadian itu turut menimbulkan kemarahan dalam kalangan netizen yang memaklumkan kejadian itu tidak sepatutnya berlaku khususnya di kawasan perumahan berkenaan.

Artikel Berkaitan: