Ubah suai ekzos antara dikesan dalam Op Motosikal

Antara motosikal yang diperiksa dalam Op Motosikal dalam daerah Baling.
Antara motosikal yang diperiksa dalam Op Motosikal dalam daerah Baling.
A
A
A

BALING - Ubah suai struktur kenderaan termasuk ekzos antara kesalahan dikesan dalam Op Motosikal di Kampung Surau dan Kampung Bakai, Malau di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, operasi dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling itu berikutan hasil aduan awam.

Menurutnya, dalam operasi berkenaan, sebanyak 261 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan 40 buah motosikal telah disita atas pelbagai kesalahan termasuk kesalahan mengubah suai struktur kenderaan iaitu bahagian ekzos.

Sebanyak 261 jumlah saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan 40 buah motosikal telah disita.
Sebanyak 261 jumlah saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan 40 buah motosikal telah disita.

Beliau berkata, operasi yang melibatkan seorang pegawai kanan dan 24 pegawai rendah polis itu bermula jam 4 petang hingga jam 1 pagi.

"Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Baling akan terus mempertingkatkan operasi bagi mencegah dan membanteras sepenuhnya kegiatan motosikal dan kesalahan lalu lintas yang dilakukan pengguna jalan raya.

"Oleh itu, polis memberi amaran agar pengguna jalan raya tidak terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dan pengubahsuaian kenderaan supaya dapat menjaga keselamatan pengguna jalan raya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pemeriksaan dilakukan ke atas motosikal dalam Op Motosikal di daerah Baling, Kedah.
Pemeriksaan dilakukan ke atas motosikal dalam Op Motosikal di daerah Baling, Kedah.