Gas bocor di kilang berdekatan KLIA

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SEPANG - Satu kejadian kebocoran gas berlaku di sebuah kilang berdekatan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Jumaat, namun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.10 pagi membabitkan kejadian kebocoran gas asid tulen dalam sebuah tangki berukuran 20 tan metrik.

Susulan itu, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) daripada Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam digegaskan ke lokasi itu pada jam 4.40 pagi bagi kerja-kerja pemantauan.

Operasi turut dibantu sembilan anggota daripada JBPM Selangor dan KLIA bersama dua jentera.

"Bomba juga berjaya memindahkan 10 tan metrik gas ke dalam tong gantian yang disediakan oleh pihak kilang,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: