Papua New Guinea bergolak

Orang ramai memecah masuk kedai dan mencuri barangan semasa rusuhan berlaku di Port Moresby. Foto AFP
Orang ramai memecah masuk kedai dan mencuri barangan semasa rusuhan berlaku di Port Moresby. Foto AFP
A
A
A

PORT MORESBY - Perdana Menteri, Papua New Guinea berjanji untuk membanteras 'pelanggaran undang-undang' selepas 15 orang maut dalam rusuhan ganas dua dua bandar terbesar di negara tersebut.

Keganasan tercetus di ibu negara Port Moresby pada petang Rabu selepas sekumpulan tentera, pegawai polis dan pengawal penjara melancarkan bantahan terhadap kerajaan.

Difahamkan pasukan keselamatan mengadakan protes di dalam Parlimen Papua New Guinea selepas menyedari gaji mereka telah dipotong tanpa diberikan penjelasan.

Orang ramai yang turut serta membakar bangunan dan mengeledah kedai pada malam kejadian yang kemudian merebak lingkungan 300 kilometer ke utara bandar Lae.

Sehingga malam Khamis, Pesuruhjaya Polis, David Manning mengesahkan sekurang-kurangnya 15 orang maut di dua bandar terbesar di negara itu.

Perdana Menteri, James Marape pada Khamis menyatakan kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap perusuh yang melakukan 'pelanggaran undang-undang'.

"Saya bercakap pada hari ini kepada rakyat dan negara.

"Ini adalah negara anda sama seperti negara saya dan pelanggaran undang-undang tidak membawa pencapaian sewajarnya," katanya semasa sidang media.

Artikel Berkaitan:

Marape berkata, rusuhan terburuk semakin reda menjelang pagi pagi Khamis, namun keadaan masih kacau-bilau di beberapa kawasan Port Moresby.

Rakaman AFPTV menunjukkan perompak memecah masuk kedai melalui tingkap kaca pecah dan membawa keluar barang curi dalam kotak, troli dan baldi plastik.

Sementara itu, Beijing membuat aduan kepada kerajaan Papua New Guinea berikutan perusuh menyasarkan perniagaan milik rakyat China. - AFP