Papua New Guinea buka kedutaan di Baitulmaqdis

Papua New Guinea menjadi negara kelima membuka kedutaan di Baitulmaqdis. - Foto 123RF
Papua New Guinea menjadi negara kelima membuka kedutaan di Baitulmaqdis. - Foto 123RF
A
A
A

TEL AVIV - Papua New Guinea menjadi negara kelima membuka kedutaan di Baitulmaqdis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Perdana Menteri, James Marape pada perasmian kedutaan itu pada petang Selasa menyifatkannya sebagai 'peristiwa penting’ untuk negaranya.

"Kami telah menjadi negara rakan kongsi yang kuat sejak kedua-dua pihak menjalinkan hubungan dua hala pada 1978. Hari ini, pada 5 Sept 2023, mengukuhkan hubungan kami dengan lebih mendalam dan meningkatkan hubungan kami lebih tinggi," kata Marape kepada Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, yang hadir pada majlis itu.

Pemindahan kedutaan ke Baitulmaqdis adalah kontroversi.

Masyarakat antarabangsa percaya status Baitulmaqdis harus ditentukan dalam rundingan damai masa depan antara Israel dan Palestin.

Israel mendakwa seluruh Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya manakala rakyat Palestin mahukan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara untuk negara Palestin masa depan mereka.

Presiden AS, Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel pada 2017.

Pada Mei 2018, Amerika Syarikat kemudiannya memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Artikel Berkaitan:

Kedua-dua langkah itu dikritik di peringkat antarabangsa khususnya oleh rakyat Palestin.

Honduras, Guatemala dan Kosovo kini menempatkan kedutaan mereka di Baitulmaqdis. - Bernama/dpa