Rumah kedai bau hanyir

Tindakan sita diambil serta merta dalam operasi dijalankan DBKL semalam.
Tindakan sita diambil serta merta dalam operasi dijalankan DBKL semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bukan hanya dikendalikan warga asing, malah premis perniagaan yang sepatutnya hanya menjual barangan kering dan perkhidmatan, telah bertukar seperti pasar apabila ada yang menjual barangan basah.

Keadaan itu mengundang suasana menjijikkan apabila bau hanyir dan kotor di kawasan berkenaan sedangkan premis tersebut beroperasi di kawasan tengah bandar.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, yang melalui kawasan berkenaan mengenalpasti perkara itu dan bertindak mengarahkan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan sewajarnya.

Hasilnya, lima premis di Jalan Tun H.S Lee di sini, yang dikelola warga asing disita dalam operasi semalam.

"Saya lalu di situ dan lihat kebanyakan kedai dikendalikan pendatang asing yang tak ada lesen. Kalau yang ada lesen pun dan tamat tempoh.

“Tidak hanya itu, pemilik lesen asal telah menyewakan kedai mereka kepada pendatang asing,” katanya.

Keadaan premis yang turut menjual barangan basah menimbulkan keadaan menjijikkan di kawasan perniagaan terletak di tengah bandar Kuala Lumpur.
Keadaan premis yang turut menjual barangan basah menimbulkan keadaan menjijikkan di kawasan perniagaan terletak di tengah bandar Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, tidak hanya kesalahan menukar premis barangan kering kepada pasar malah ada juga kesalahan lain.

“Penguatkuasa telah mengangkut semua barangan yang dijual dan menutup operasi perniagaan di situ serta merta," katanya.

Operasi dilakukan bermula jam 10 pagi semalam dilakukan dengan kekuatan 22 anggota dan pegawai penguatkuasa tertumpu di Jalan Tun H.S Lee.

Selain operasi perniagaan yang dijalankan oleh warga asing, turut didapati berlaku adalah aktiviti di luar bangunan yang mengganggu serta tidak mematuhi syarat lesen.