KFA: Kertas siasatan kes rasuah RM6 juta di peringkat akhir

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kertas siasatan berhubung rasuah lebih RM6 juta yang dikaitkan dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) kini berada di peringkat akhir untuk dilengkapkan.

Pengarah Kanan Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya memanggil Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk memberi keterangan adalah juga sebahagian daripada proses melengkapkan siasatan.

"Butiran terperinci berkaitan siasatan tidak dapat didedahkan kepada umum kerana ia mengandungi maklumat sensitif dan rahsia," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

SPRM menjalankan siasatan tersebut selepas pihaknya menerima laporan daripada kontraktor yang sebelum ini dijanjikan projek-projek di negeri berkenaan jika menyalurkan dana ke akaun persatuan bola sepak berkenaan.

Terdahulu Muhammad Sanusi meluangkan masa selama tiga jam memberi keterangan berkaitan kes tersebut hampir tiga jam.

Sebelum ini sumber melaporkan siasatan dilakukan selepas suruhanjaya itu menerima laporan daripada kontraktor yang sebelum ini dijanjikan memperoleh projek di Kedah jika menyalurkan dana ke akaun persatuan bola sepak negeri itu.

Berdasarkan siasatan, terdapat individu penting berjawatan tinggi dalam kerajaan negeri dan persatuan bola sepak itu berjanji akan memberikan projek pembinaan serta perkhidmatan sebagai balasan kepada kontraktor yang menyumbang dana.

Jumaat minggu lalu, empat individu ditahan reman bagi membantu siasatan dalam kes meminta dan menerima rasuah lebih RM6 juta pada 2020.

Artikel Berkaitan:

Wang itu dipercayai sebagai balasan bagi membantu seorang pemilik syarikat mendapatkan tender projek pembinaan litar lumba dan projek mengurus, mengoperasi serta menyelenggara lima loji takungan air di Kedah.