Bekas ketua operasi syarikat berkaitan kerajaan direman tiga hari

Seorang bekas Ketua Operasi Syarikat berkaitan kerajaan direman tiga hari di Mahkamah Majistret Shah Alam pada Rabu.
Seorang bekas Ketua Operasi Syarikat berkaitan kerajaan direman tiga hari di Mahkamah Majistret Shah Alam pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang bekas ketua operasi syarikat berkaitan kerajaan direman tiga hari di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, bagi membantu siasatan kes menggunakan kedudukan dengan melantik syarikat perniagaan suaminya untuk kerja-kerja pengangkutan bernilai lebih RM300,000.

Majistret, Muhammad Syafiq Sulaiman mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek wanita yang berusia 40-an direman bermula Rabu sehingga Jumaat ini.

Dalam prosiding ini, permohonan dibuat Pegawai Penguasa (PS), Amirul Asyraf Ali sementara wanita itu diwakili peguam, Hafiz Baharudin.

Sebelum ini, SPRM Selangor telah menahan wanita itu berhubung kes itu pada jam 2 petang, Selasa ketika hadir bagi dirakamkan keterangan di Pejabat SPRM negeri.

Berdasarkan siasatan, pada tahun 2022 syarikat milik suaminya telah dilantik sebagai syarikat subkontrak pengangkutan dan semua bayaran berjumlah RM280,000 telah dimasukkan ke akaun peribadi suspek.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan, penahanan terhadap suspek dan disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan: