Lembu seludup bernilai RM240,000 dirampas

PGA Batalion 7 Kuantan menggagalkan cubaan menyeludup 40 ekor lembu jantan bernilai RM240,000 dari Thailand yang dibawa masuk secara haram ke negara ini selepas menahan dua buah lori di Tumpat. (Gambar kecil: Azhari)
PGA Batalion 7 Kuantan menggagalkan cubaan menyeludup 40 ekor lembu jantan bernilai RM240,000 dari Thailand yang dibawa masuk secara haram ke negara ini selepas menahan dua buah lori di Tumpat. (Gambar kecil: Azhari)
A
A
A

RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan menggagalkan cubaan menyeludup 40 ekor lembu jantan bernilai RM240,000 dari Thailand selepas menahan dua buah lori di Tumpat dekat sini petang semalam.

Rampasan sekitar jam 1.50 petang itu dilakukan ketika rondaan rutin oleh anggota PGA Batalion 7 di sekitar Kampung Jubakar ke Bendang Pak Yong.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, pihaknya turut menahan dua pemandu dan seorang kelindan masing-masing berusia 24 dan 35 tahun bagi membantu siasatan.

"Ketika rondaan, anggota kita terserempak dengan dua lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan lalu bertindak menahan kenderaan tersebut. Kesemua yang ditahan dibawa ke markas di Kuala Jambu untuk siasatan lanjut," katanya.

Azhari berkata, pemeriksaan lanjut mendapati 20 ekor lembu jantan dalam setiap lori tersebut.

Menurutnya, siasatan awal kesemua haiwan itu diambil dari kandang di Bendang Pak Yong.

Katanya, lembu-lembu tersebut akan dipasarkan ke Johor dan Selangor untuk penyembelihan.

"Lembu itu diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan: