Lelaki tidur 300 hari dalam setahun

Purkharam mempunyai tidur pelik dengan menghabiskan masa sehingga 300 hari. Foto Agensi
Purkharam mempunyai tidur pelik dengan menghabiskan masa sehingga 300 hari. Foto Agensi
A
A
A

NEW DELHI - Seorang lelaki mengidap penyakit jarang berlaku sehingga menyebabkan dia tidur selama 300 hari dalam tempoh setahun, lapor portal Sanook.

Purkharam, 42, yang berasal dari daerah Nagaur di India Barat digelar penduduk tempatan sebagai 'Kumbhakarna' nama yang merujuk kepada gergasi mitos dari epik Ramayana yang terkenal kerana tidur dalam tempoh lama.

Sebenarnya, Pukharam ini mengalami penyakit dikenali sebagai Axis Hypersomnia. Kebiasaannya orang normal hanya tidur enam hingga lapan jam, tetapi lelaki ini boleh tidur sehingga 25 hari secara berperingkat.

Penyakit pelik ini telah didianogsis sejak 23 tahun lalu dan mula mengganggu Pukhamram sehingga sekarang.

Dengan keadaan ini, Pukharam hanya boleh membuka kedainya selama lima hari dalam tempoh sebulan.

Sebaik sahaja mengantuk, kerja mengejutkan lelaki ini sangat mencabar. Pada awalnya, tempoh tidurnya menjangkau tujuh hingga lapan jam berturut-turut.

Bagaimanapun, keadaannya bertambah buruk dan menjangkau 20 hingga 25 hari. Dalam tempoh ini, keluarganya perlu memberinya makan dan memandikannya ketika dia masih tidur.

Sehingga kini, tidak ada ubat dapat memulihkan tabiat tidur lamanya itu dan malah dia sering mengalami kesan sampingan termasuk sakit kepala teruk dan keletihan melampau.

Artikel Berkaitan:

Menurut kajian diterbitkan Pusat Maklumat Bioteknologi Kebangsaan (NCB), penyakit Axis Hypersomnia telah menjejaskan 4 hingga 6 peratus populasi penduduk di dunia.

Penyelidik perubatan regeneratif di StemRx Bioscience Solutions Pvt. Ltd, Dr Pradeep Mahajan berkata, jika pesakit kerap mengalami gejala ini, mereka perlu berjumpa doktor.

“Doktor akan memantau tabiat tidur anda dan bertanya soalan seperti apabila anda bangun, jika anda cenderung untuk tidur pada siang hari, dan jika anda mempunyai masalah emosi, dan lain-lain.

"Selepas itu, pakar akan mengesyorkan ujian darah, imbasan tomografi berkomputer (CT) dan ujian tidur yang dipanggil polysomnography, yang merupakan ujian komprehensif digunakan untuk mendiagnosis gangguan tidur," katanya. - Agensi