Menteri Luar Pakistan, Ishaq Dar dilantik Timbalan Perdana Menteri

Ishaq Dar
Ishaq Dar
A
A
A

ISLAMABAD - Menteri Luar Pakistan, Ishaq Dar dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Ahad, menurut satu pemberitahuan daripada Bahagian Kabinet Pakistan, lapor Xinhua.

Satu pemberitahuan yang dikeluarkan Sekretariat Kabinet, Bahagian Kabinet itu menyatakan Dar telah diberikan tanggungjawab itu "yang berkuat kuasa serta merta dan sehingga arahan seterusnya”.

Selepas pembentukan kerajaan baharu awal tahun ini, Dar mengangkat sumpah sebagai Menteri Luar Pakistan.

Ahli politik berpengalaman berusia 73 tahun itu ialah Ahli Dewan Negara Parlimen negara itu dan tokoh penting Liga Muslim Pakistan-Nawaz.

Beliau juga telah berkhidmat beberapa kali sebagai Menteri Kewangan negara Asia Selatan ini. - Bernama-Xinhua

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: