Lelaki ditahan cederakan seorang lelaki dalam pergaduhan

Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kejadian serangan bersenjata dan mencederakan seorang lelaki di hadapan sebuah premis di Taman Desa Skudai di Skudai di Johor Bahru baru-baru ini.(Gambar kecil: Balveer Singh)
Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kejadian serangan bersenjata dan mencederakan seorang lelaki di hadapan sebuah premis di Taman Desa Skudai di Skudai di Johor Bahru baru-baru ini.(Gambar kecil: Balveer Singh)
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kejadian serangan bersenjata dan mencederakan seorang lelaki di hadapan sebuah premis di Taman Desa Skudai di Skudai di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Dearah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pihaknya mendapat tahu kejadian itu selepas mengesan sebuah video tular dalam media sosial berkaitan pergaduhan sekumpulan lelaki menggunakan senjata.

Pada masa sama pihaknya mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian itu pada 8.39 malam Khamis.

"Siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 8.10 malam Khamis di hadapan deretan kedai itu berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan suspek.

"Polis kemudian berjaya menahan lelaki itu yang berusia 24 tahun dan merampas senjata yang digunakan dalam kejadian berkenaan. Mangsa didapati mengalami kecederaan di bahagian perut, kepala, kaki dan tangan sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

"Suspek ditahan reman selama empat hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dengan denda atau sebatan atau mana-mana dua hukuman itu.

Polis katanya, meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Farhan Hashim di talian 0111-4455960 bgai menyalurkan maklumat.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!