Wanita pecah rekod dunia menyanyi 140 bahasa

Suchetha Satish menerima sijil daripada wakil GWR baru-baru ini. - Agensi
Suchetha Satish menerima sijil daripada wakil GWR baru-baru ini. - Agensi
A
A
A

NEW DELHI - Seorang wanita dari Kerala memecah rekod Guinness World Record (GWR) selepas mempamerkan bakat menyanyi dalam 140 bahasa semasa Konsert Iklim di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

NDTV melaporkan persembahan luar biasa Suchetha Satish yang dikongsi dalam akaun Instagram telah menarik minat pendengarnya dengan kepelbagaian muziknya.

Berkongsi berita di media sosial itu, Satish berkata, dia telah mencipta rekod GWR apabila menyanyi dalam 140 bahasa dalam tempoh sembilan jam semasa konsert iklim itu.

"Terima kasih kepada semua kerana sokongan anda," katanya ringkas.

Menurut halaman GWR, Satish memecahkan rekod itu dengan membuat persembahan dalam 140 bahasa bagi meningkatkan kesedaran mengenai Perubahan Iklim di Auditorium Konsulat India di Dubai.

Difahamkan nombor 140 dipilih bagi mewakili 140 negara yang menghadiri sidang kemuncak COP 28 di Dubai. - Agensi

Artikel Berkaitan: