'Langkah Dubai 'sudah berakhir', Langkah Chow Kit terpulang' - Aminuddin

Aminuddin (tiga dari kanan) berkesempatan beramah mesra dengan penerima Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan Siri 1 2024 di D'Tempat Country Club pada Selasa.
Aminuddin (tiga dari kanan) berkesempatan beramah mesra dengan penerima Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan Siri 1 2024 di D'Tempat Country Club pada Selasa.
A
A
A

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan dakwaan mengenai gerakan 'Langkah Dubai' telah berakhir.

Menurutnya, ia juga telah dinafikan sendiri oleh pemimpin Perikatan Nasional (PN) termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

"Semuanya sudah dinafikan, jadi saya ucap terima kasih kerana Langkah Dubai tak jadi seperti mana yang dinafikan sendiri oleh Datuk Seri Hamzah (Zainuddin).

"Jadi..tak ada apa-apa lagi (berkaitan Langkah Dubai)," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan Siri 1 2024 di di D'Tempat Country Club dekat sini pada Selasa.

Aminuddin (sembilan kanan) bersama penerima anugerah pada Majlis Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan Siri 1 2024 di D'Tempat Country Club.
Aminuddin (sembilan kanan) bersama penerima anugerah pada Majlis Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan Siri 1 2024 di D'Tempat Country Club.

Media sebelum ini melaporkan mengenai 'Langkah Dubai' yang didakwa dirancang segelintir pihak untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun selepas itu, Pejabat Ketua Pembangkang menafikan dakwaan kononnya Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan kepada 118 Ahli Parlimen daripada PN untuk datang menghadap baginda bersama akuan bersumpah (SD) masing-masing.

Mengulas mengenai dakwaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengenai 'Langkah Chow Kit' dan PN sudah mempunyai jumlah SD yang mencukupi untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan, Aminuddin berkata, ia terpulang kepada beliau untuk mengeluarkan kenyataan tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Menteri Besar Kedah banyak langkah, ada Langkah Chow Kit dan sebagainya, terpulang kepada dia hendak guna langkah apa," katanya.

Ujarnya, rakyat tahu dan bijak membuat penilaian terhadap apa juga kenyataan daripada pemimpin pembangkang.

"Sepatutnya kita tumpukan kepada tugas dan tanggungjawab dalam pembangunan negeri dan negara," katanya.