Berpada-padalah layan cerita seram, jangan sampai terganggu emosi

Bimbang apabila terlalu banyak layan cerita seram, sampai terbawa-bawa ke dalam diri, seterusnya menjadi generasi muda penakut. Foto 123RF
Bimbang apabila terlalu banyak layan cerita seram, sampai terbawa-bawa ke dalam diri, seterusnya menjadi generasi muda penakut. Foto 123RF
A
A
A

BARU-BARU ini Merak Jalanan mengambil peluang bercuti bersama keluarga adik-beradik termasuk beberapa anak buah.

Percutian kali ini agak berbeza kerana nampak ada kelainan dalam hidup anak-anak buah Merak Jalanan.

Kalau dulu, mereka lebih suka fokus main game tetapi kali ini mereka cenderung menonton cerita seram pula.

Bukannya Merak Jalanan nak cakap menonton cerita seram ini trend baharu, cuma agak pelik apabila genre sebegitu kembali diminati, daripada budak sekolah rendah sampailah kepada orang-orang tua.

Dalam kalangan anak buah Merak Jalanan itu, ada di antara mereka yang masih bersekolah menengah tapi sudah minat melayan podcast cerita seram.

Malah ada yang sanggup bersengkang mata sampai jam 2 pagi untuk mendengarnya.

Merak Jalanan bertanya kepada anak-anak buah ini, tak takutkah mereka dengan cerita seram ni?

Katanya, takut juga tapi menyeronokkan lebih-lebih lagi pada waktu malam.

Artikel Berkaitan:

Tapi yang membimbangkan, disebabkan terlalu banyak menonton atau mendengar cerita seram ini, anak-anak buah Merak Jalanan ini terganggu emosi dan menjadi penakut.

Sampai sekarang, semua tak mahu tidur berseorangan di bilik sendiri.

Ada yang minta ibu bapa temankan dan ada juga yang takut nak ke dapur mengambil air minuman pada waktu malam.

Merak Jalanan nak nasihatkan kepada anak-anak yang masih bersekolah, nak menonton atau mendengar cerita seram ini tak salah.

Merak Jalanan sendiri adakala melayan cerita seram.

Cuma, berpada-padalah. Lebih-lebih lagi kepada anak-anak yang masih bersekolah, yang masih belum cukup matang untuk menilai mana satu baik, mana satu buruk.

Bimbang apabila terlalu banyak layan cerita seram, sampai terbawa-bawa ke dalam diri, seterusnya menjadi generasi muda penakut.