Tanah runtuh: 775 cerucuk siap dipasang di Taman Wawasan

Sze Han ketika membuat tinjauan di kawasan tanah runtuh yang berlaku di Jalan Wawasan
Sze Han ketika membuat tinjauan di kawasan tanah runtuh yang berlaku di Jalan Wawasan
A
A
A

PUCHONG - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 775 cerucuk sudah dipasang di Jalan Wawasan, Taman Wawasan, Puchong bagi memastikan kestabilan cerun di kawasan terbabit.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Ng Sze Han turut berkata, satu lagi kemajuan positif ialah lapan kereta diletakkan di tempat letak kenderaan dapat bergerak keluar dengan selamat.

Pada masa sama, beliau turut memaklumkan pembinaan longkang utama akan dimulakan dalam tempoh terdekat ini.

Sebanyak 775 cerucuk sudah dipasang di Jalan Wawasan, Taman Wawasan, Puchong pada Sabtu.
Sebanyak 775 cerucuk sudah dipasang di Jalan Wawasan, Taman Wawasan, Puchong pada Sabtu.

Menurutnya, pembinaan longkang itu turut tersenarai dalam kerja baik pulih susulan kejadian tanah runtuh di taman perumahan berkenaan pada insiden 16 Disember lalu.

“Kontraktor dalam proses membina semula cerun, menyediakan platform dan jalan masuk. Pembinaan longkang monsun juga akan dimulakan dalam beberapa hari lagi,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya.

Sebelum itu, Datuk Bandar Subang Jaya, Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim dilaporkan berkata, kerja pemasangan cerucuk di Taman Wawasan dijangka selesai sepenuhnya pada Isnin.

Pada 16 Disember lalu seramai 29 penghuni di sembilan rumah teres kawasan berkenaan telah diarah berpindah atas faktor keselamatan, susulan tanah runtuh berhampiran kediaman mereka.

Artikel Berkaitan: