Pilihan raya umum Bangladesh bermula hari ini

Seorang lelaki mengundi pada pilihan raya Bangladesh di Dhaka pada Ahad. Foto AFP
Seorang lelaki mengundi pada pilihan raya Bangladesh di Dhaka pada Ahad. Foto AFP
A
A
A

DHAKA - Pilihan raya umum Bangladesh bermula pagi Ahad bagi memilih ratusan wakil rakyat, lapor Xinhua.

Pengundian bermula pada 8 pagi waktu tempatan di lebih 42,000 pusat pengundian di seluruh negara sehingga 4 petang waktu tempatan.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, seramai 1,970 calon bertanding bagi 299 daripada 300 kawasan Parlimen.

Pemilihan bagi satu daripada 300 kerusi itu akan diadakan kemudian berikutan kematian seorang calon bebas.

Terdapat hampir 120 juta pengundi berdaftar di negara Asia Selatan itu. Pengiraan undi akan dilakukan di pusat mengundi sebaik sahaja sesi pengundian selesai.

Bagi memudahkan proses pengundian, cuti umum diisytiharkan di seluruh negara.

Di Bangladesh, sesebuah parti hanya boleh membentuk kerajaan jika berjaya memperoleh 151 kerusi secara keseluruhan. - Bernama-Xinhua

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!