Villa lepasi ranjau Middlesbrough di Riverside

Cash meledak gol kemenangan Villa di Riverside. Foto Agensi
Cash meledak gol kemenangan Villa di Riverside. Foto Agensi
A
A
A

JARINGAN penghujung separuh masa kedua Matty Cash membolehkan Aston Villa mengesahkan slot pusingan keempat Piala FA buat kali pertama dalam tempoh lapan tahun selepas mengatasi Middlesbrough 1-0 pada Ahad.

Pada perlawanan di Stadium Riverside itu, kedua-dua pasukan seolah-olah menuju ke perlawanan ulangan sebelum rembatan Cash memecah kebuntuan pada minit ke-87 untuk gol keempatnya musim ini.

Sebagai rekod, Villa berstatus pemenang tujuh kali Piala FA sejak 1957 sebelum ini gagal mara ke pusingan keempat sejak 2016.

"Pengendali (Unai Emery) menjelaskan dengan jelas di hotel bahawa kami tidak mempunyai rekod baik dalam kejuaraan ini.

“Pengurus itu sangat bagus dalam hal itu dan apa jua pertandingan yang kami hadapi, kami akan keluar dan melakukan yang terbaik untuk mendapatkan keputusan itu.

"Di Eropah kami bermain dengan baik dan liga begitu juga malam ini. Memang bagus apabila dapat melakukannya (melepasi pusingan ketiga) malam ini," kata Cash.

Kemenangan diraih Villa secara tidak langsung melegakan pasukan bagi mengelak perlawanan ulangan selepas bermain lapan perlawanan dalam jadual padat sepanjang Disember lalu.

Villa ketika ini berada dalam saingan perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris di tempat kedua, tiga mata di belakang pendahulu Liverpool.

Artikel Berkaitan:

Pasukan pelawat sebelum itu mempunyai deretan peluang di Stadium Riverside, termasuk pada awal separuh masa kedua, namun percubaan Jhon Duran gagal menjelmakan gol.

Emery menekan misi kemenangan Villa pada 20 minit terakhir apabila memasukan Zaniolo, Douglas Luiz, Ollie Watkins dan Moussa Diaby, yang telah menjaringkan 28 gol antara mereka musim ini berdepan naib juara Piala FA pada musim 1996/97.

"Sangat berbangga. Kekecewaan yang dirasai pemain-pemain menunjukkan betapa baiknya kami bermain dalam permainan.

"Sejujurnya ia tidak mudah menentang pasukan yang begitu baik," kata pengendali Middlesbrough, Michael Carrick.