Boss James tunai hasrat pesakit kanser tunggang Yamaha R25

Adib merasai pengalaman menaiki Yamaha R25 ditunggangi James. Foto Facebook Boss James
Adib merasai pengalaman menaiki Yamaha R25 ditunggangi James. Foto Facebook Boss James
A
A
A

KLANG - Pempengaruh terkenal, James Ng atau lebih dikenali dengan panggilan Boss James merealisasikan hasrat seorang pesakit kanser dikenali, Adib, 15, yang ingin menaiki motosikal jenis Yamaha R25.

Pada Sabtu, James yang juga Pengarah Urusan, Berjaya Mega Motors, meluangkan masa membawa Adib yang didiagnosis kanser limfoma tahap empat merasai pengalaman menaiki motosikal berkuasa tinggi itu.

Adib bersama Yamaha R25. Foto Facebook Boss James
Adib bersama Yamaha R25. Foto Facebook Boss James

James berkata, dia meluahkan rasa syukur kerana diberikan peluang memenuhi impian remaja berkenaan.

"Awak kata impian awak adalah dapat merasa Yamaha R25. Syukur, saya diberi peluang tunaikan.

"Sambil bawa motor, saya senyum sebab tengok awak senyum... Tapi sebak dalam hati, Tuhan je yang tahu," kongsinya menerusi kemas kini di Facebook pada Sabtu.

Pertemuan itu diatur Children’s Wish Society of Malaysia.

Adib bergaya disamping motosikal idaman Yamaha R25. Foto Facebook Boss James
Adib bergaya disamping motosikal idaman Yamaha R25. Foto Facebook Boss James

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, James memuji semangat Adib yang kuat berjuang melawan sakit apabila sering keluar masuk wad hospital selain telah melalui enam sesi kemoterapi.

"Sakit memang sakit, tapi itulah Adib tetap nak pergi sekolah, sambung belajar, jumpa kawan-kawan dan berjuang melawan sakitnya.

"Saya melihatnya seorang yang tabah, hebat dan sangat optimistik. Tahniah sebab ditemani keluarga yang penuh kasih sayang dan pasukan perubatan berdedikasi," ujarnya.

Beliau berharap, Adib diberikan kesembuhan serta kesempatan untuk menunggang motosikal satu hari nanti.

Adib (belakang) merasai pengalaman menaiki Yamaha R25 ditunggangi James. Foto Facebook Boss James
Adib (belakang) merasai pengalaman menaiki Yamaha R25 ditunggangi James. Foto Facebook Boss James

"Adik, kali ini saya yang bawak, awak duduk belakang... Dua tahun lagi habiskan sekolah kemudian dapatkan lesen dan jadi anak yang baik.

"Masa itu, awak bawa motor saya duduk belakang! Ini janji kita okay, saya tunggu," katanya.