PBAPP berusaha pulihkan bekalan air dengan segera

Amin Jafni Abdullah memilih tong air di sebuah pasar Raya di Teluk Kumbar sebagai persiapan susulan gangguan bekalan air berjadual selama empat hari bermula 10 Januari hingga 14 Januari ini. Foto Bernama
Amin Jafni Abdullah memilih tong air di sebuah pasar Raya di Teluk Kumbar sebagai persiapan susulan gangguan bekalan air berjadual selama empat hari bermula 10 Januari hingga 14 Januari ini. Foto Bernama
A
A
A

GEORGE TOWN - Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan sentiasa berusaha untuk memulihkan bekalan air dengan kadar segera dan berharap tiada sebarang halangan dalam proses pembaikan serta pemulihan selama empat hari bermula 10 Januari nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Ir K Pathmanathan berkata, sekurang-kurangnya 101 kawasan di daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) akan menerima bekalan air selepas 48 jam gangguan bekalan air berjadual tersebut.

"Sementara sebanyak 157 kawasan membabitkan daerah SPT, Seberang Perai Selatan (SPS) dan Timur Laut serta Barat Daya di kawasan pulau akan mula menerima bekalan air selelas 72 jam.

"Baki 12 lagi kawasan di daerah Barat Daya, iaitu yang terletak di Hujung Rangkaian Paip Agihan akan menerima bekalan air selepas 98 jam dan PBAPP komited memulihkan bekalan air dengan kadar segera di semua kawasan yang terlibat," katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.

JERTIH, 5 Jan -- Penduduk, Fatin Khalida Mohd Suvki, 35 (kiri) dan Awang Manaf, 69 (dua kiri) menadah air daripada tangki statik SATU untuk kegunaan harian selepas berlaku gangguan bekalan air ketika tinjauan di Taman Koperat Putera, Bukit Keluang, hari ini.
Ribuan penduduk di 11 kampung sekitar Kuala Besut mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual yang dijangka berlarutan selama 21 hari, bermula isnin lepas.
Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) memaklumkan, gangguan bekalan membabitkan Tangki Air Bukit Keluang itu menjejaskan 2,670 akaun pengguna.
Menurutnya, ia berpunca daripada kebocoran paip bersaiz 600 milimeter (mm) di dasar Sungai Besut berhampiran Jambatan Kampung Lampu.
--fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
JERTIH, 5 Jan -- Penduduk, Fatin Khalida Mohd Suvki, 35 (kiri) dan Awang Manaf, 69 (dua kiri) menadah air daripada tangki statik SATU untuk kegunaan harian selepas berlaku gangguan bekalan air ketika tinjauan di Taman Koperat Putera, Bukit Keluang, hari ini. Ribuan penduduk di 11 kampung sekitar Kuala Besut mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual yang dijangka berlarutan selama 21 hari, bermula isnin lepas. Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) memaklumkan, gangguan bekalan membabitkan Tangki Air Bukit Keluang itu menjejaskan 2,670 akaun pengguna. Menurutnya, ia berpunca daripada kebocoran paip bersaiz 600 milimeter (mm) di dasar Sungai Besut berhampiran Jambatan Kampung Lampu. --fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sebanyak 590,000 pengguna air termasuk bukan domestik dijangka terkesan dengan ketiadaan bekalan susulan penutupan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penggantian dua unit injap 1,200 milimeter (mm) yang rosak.

PBAPP memaklumkan gangguan berjadual selama 98 jam itu bermula 6 pagi 10 Januari hingga 6 pagi 14 Januari yang turut membabitkan kerja sampingan lain di 22 lokasi seluruh Pulau Pinang.

Sementara itu, Pathmanathan berkata bagi melancarkan pegagihan bekalan air kepada penduduk, PBAPP menyediakan 19 unit tangki air flexi berkapasiti 24,000 liter(l), 27 tangki jumbo kapasiti 40,000 l dan 78 unit tangki statik 2,500 l.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, PBAPP menyediakan lori-lori tangki iaitu sebanyak lapan buah dari kami, Pasukan Bomba Sukarela sebanyak 34 buah lori, Majlis Bandaraya Seberang Perai (tujuh buah), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (lapan buah) dan lori tangki dari operator-operator air negeri.

Beliau berkata, sekolah-sekolah terutama sekolah berasrama disarankan untuk menyimpan air bagi kegunaan, bagaimanapun pihak PBAPP akan membantu dengan menghantar lori tangki terutama di kawasan-kawasan yang dijangka lambat menerima bekalan air.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri, Zairil Khir Johari berkata, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah bersetuju secara prinsip untuk membantu Pulau Pinang, namun belum memuktamadkan berapa tangki air yang akan dihantar.

Beliau berkata, ketika kejadian gangguan bekalan air sebelum ini, SPAN telah membekalkan 15 tangki air bergerak melibatkan kira-kira 200,000 pengguna air di Barat Daya (bahagian pulau) dan Seberang Perai (kawasan seberang) pada bulan lalu.

"Kali ini, kita minta lebih (tangki air) daripada SPAN dan mereka sedang memuktamadkan jumlah tangki yang akan diletakkan di kawasan kritikal di negeri ini.

"Daripada segi logistik, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sedang memuktamadkan beberapa lokasi yang akan ditempatkan tangki air tersebut. Kita akan fokus di kawasan kritikal seperti Balik Pulau, Seberang Perai Selatan dan Sungai Ara," katanya.

Zairil berkata, kerja-kerja pembaikan akan dilakukan pada hari pertama dan sejurus kerja tersebut siap, pemulihan air akan bermula dan bekalan air di kawasan yang paling dekat dengan LRA Sungai Dua iaitu Seberang Perai Utara dijangka pulih terlebih dahulu.

"Logiknya, kawasan Balik Pulau dan Seberang Perai Selatan adalah kawasan terakhir yang akan mendapatkan bekalan air sebab itu kawasan kritikal ini akan menjadi fokus kami selain hospital, pusat dialisis, klinik, rumah warga emas dan penjara," katanya. - Bernama