Pelancong di Australia diarah kosongkan pantai

Seorang anggota bomba berrtungkus lumus memadamkan api berhampiran bandar Nowra di NSW. - Foto AFP
Seorang anggota bomba berrtungkus lumus memadamkan api berhampiran bandar Nowra di NSW. - Foto AFP
A
A
A

SYDNEY - Ribuan pelancong di Australia diberikan tempoh kurang 48 jam untuk mengosongkan pesisir pantai ekoran gelombang cuaca panas pada hujung minggu yang dijangka mencetuskan kebakaran.

Pada malam awal tahun baru lalu, tragedi itu memusnahkan kawasan selatan negara berkenaan selain meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa.

Perkhidmatan Bomba Luar Bandar New South Wales (NSW) hari ini mengisytiharkan zon cuti pelancongan sepanjang kira-kira 200 kilometer (km) dari tempat percutian terkenal Batemans Bay hingga ke negeri jiran, Victoria.

Pengunjung juga diberi amaran untuk meninggalkan kawasan terjejas sebelum Sabtu memandangkan gelombang panas lain dijangka melanda seluruh negara dengan angin kencang dan suhu melebihi 40 darjah Celsius.

Selain itu, kebanyakan penduduk dan pelancong menghabiskan dua malam tanpa elektrik atau telekomunikasi sebelum pihak berkuasa hari ini mengisytiharkan terdapat beberapa jalan selamat untuk digunakan.

Menteri Pengangkutan NSW, Andrew Constance menyifatkan ia sebagai pemindahan terbesar di rantau itu dengan kenderaan memenuhi sepanjang lebuh raya ke arah Sydney.

Salah seorang pemandu memberitahu, dia mengambil masa selama tiga jam hanya untuk perjalanan sejauh 50km. - AFP

Artikel Berkaitan: