Kumpulan dokumentari Sinar Harian kupas pengalaman mistik wartawan

Perkongsian cerita seram Zon Keras oleh Ketua Editor Pengisian Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan atau Nell (kiri) ketika berdepan kisah seram semasa bertugas sebagai wartawan. Foto Sinar Harian-Asril Aswandi Shukor
Perkongsian cerita seram Zon Keras oleh Ketua Editor Pengisian Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan atau Nell (kiri) ketika berdepan kisah seram semasa bertugas sebagai wartawan. Foto Sinar Harian-Asril Aswandi Shukor
A
A
A

SHAH ALAM - Reruai Zon Keras sempena Festival Seram Buku Prima membawakan program berkonsepkan dokumentari yang mengupas pengalaman wartawan berdepan kejadian mistik ketika menjalankan tugas.

Ketua Unit Dokumentari, Salmiah Druhamad Drahsin berkata, ia merupakan platform untuk wartawan berkongsi cerita sepanjang berada di bidang penulisan jenayah.

Salmiah
Salmiah

Menurutnya, aktiviti berkenaan akan menjadi satu sisi unik untuk menarik orang ramai mengikuti festival tersebut.

“Kita akan rungkai cerita mistik dan seram yang pernah wartawan kami alami dan semua ini bakal didedahkan secara eksklusif hanya di Zon Keras Sinar Harian.

“Selain itu, terdapat juga penampilan istimewa seperti pengarah filem seram, Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri; pelakon filem seram, Amy Nur Tinie dan Ustaz Syafiq dari Pusat Rawatan Al Idrus (PRAI) yang akan berkongsi kisah bertajuk ‘Wujudkah Sihir Online’,” katanya ketika ditemui di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Jumaat.

Antara kisah yang bakal didedahkan secara eksklusif ialah Wanita Dirasuk Dalam Bas, Misteri Budak Perempuan 11 Tahun, Kisah Mayat di Sungai Klang, Serangan Orang Minyak di Kampung Nakhoda, Air Terjun Lubuk Yu dan terbaharu yang menggemparkan negara, kes pembunuhan Zayn Rayyan.

Perkongsian cerita seram Zon Keras 'Wanita Dirasuk Dalam Bas' oleh wartawan meja jenayah, Ismadi Ismail. Foto Sinar Harian-Asril Aswandi Shukor
Perkongsian cerita seram Zon Keras 'Wanita Dirasuk Dalam Bas' oleh wartawan meja jenayah, Ismadi Ismail. Foto Sinar Harian-Asril Aswandi Shukor

Artikel Berkaitan:

Dalam masa sama, Salmiah berkata, dokumentari merupakan bidang baharu yang diwujudkan syarikat walaupun ia sudah setahun diterbitkan.

“Kita bukan mahu mengetengahkan unsur mistik semata-mata tetapi mahu mempromosikan kumpulan dokumentari yang menghasilkan beberapa program seperti Fail 302, Skuad Sinar Siasat, Special Force dan sebagainya.

“Kita nak maklum kepada orang luar bahawa Sinar Harian bukan hanya melaporkan pemberitaan berunsurkan politik tetapi ada juga kandungan dokumentari yang komprehensif.

"Maksudnya program yang kita lakukan merangkumi pelbagai bidang,” katanya.