Bahana gula, selain semut mati, kereta pun boleh ‘mati’ juga!

Gambar hiasan Foto123RF
Gambar hiasan Foto123RF
A
A
A

WALAUPUN kedengaran lucu dan sukar dipercayai enjin kereta baharu rosak disebabkan bendasing seperti gula tetapi itulah yang berlaku ke atas seorang kerani wanita.

Beli kereta baharu tapi rosak hanya selepas lapan jam kereta tersebut diterima dan tak boleh digunakan.

Kisah itu tular di media massa dan mendapat reaksi yang pelbagai kerana ia dianggap sangat ‘luar biasa’.

Syarikat kereta tersebut pun dah tampil memberikan jawapan mereka berhubung isu tersebut dan memberikan cadangan penyelesaian.

Merak Jalanan memang simpati sangat dengan nasib yang menimpa pemilik kereta berkenaan.

Patutnya pembeli gembira sebab dapat kereta baharu, mudah nak ke sana-sini tapi sebaliknya pula yang berlaku. Sesiapa pun pasti kecewa jika itu yang menimpa mereka.

Bukan sahaja ansuran bulanan perlu dilangsaikan, hati pun jadi sakit dan kecewa sebab kereta baharu tersadai di pusat servis.

Merak Jalanan harap kedua-dua pihak dapat mencari penyelesaian yang terbaik.

Artikel Berkaitan:

Jangan biarkan masalah berlarutan sebab kasihan kepada pembeli. Dah lebih dua bulan menunggu. Reputasi syarikat kereta itu juga perlu dijaga. Susah jika pelanggan hilang kepercayaan dan keyakinan.

Dalam kes seumpama ini, Merak Jalanan memang sokong Malaysia perlu wujudkan undang-undang khusus yang dikenali sebagai Lemon Law bagi melindungi pembeli daripada ditipu atau terpaksa tanggung kerugian akibat apa-apa produk yang baru dibeli termasuk kereta yang mengalami kerosakan.

Bukan apa, kalau ada undang-undang atau akta yang berkaitan, sekurang-kurangnya nasib pembeli terbela dan dilindungi. Mereka dapat keadilan.

Pihak yang sepatutnya bertanggungjawab pula tak boleh lepas tangan begitu sahaja.