Mustafi duri dalam daging Arsenal

Aksi longlai Mustafi (tengah) ketika berdepan Chelsea di Stadium Emirates menimbulkan kritikan daripada Wright.
Aksi longlai Mustafi (tengah) ketika berdepan Chelsea di Stadium Emirates menimbulkan kritikan daripada Wright.
A
A
A

IAN Wright menyifatkan Mikel Arteta bakal berdepan kesukaran memantapkan kembali Arsenal sekiranya pengendali dari Sepanyol itu masih lagi mengekalkan Shkodran Mustafi dalam kesebelasan utama The Gunners.

Legenda The Gunners itu sebaliknya menggesa supaya permain pertahanan berusia 27 tahun itu dijual pada jendela perpindahan kedua.

Menurutnya, persembahan kurang bertenaga pemain dari Jerman itu menjadi antara faktor menyebabkan The Gunners tumbang kepada Chelsea di Stadium Emirates, Ahad lalu.

“Mustafi kurang berfungsi dalam mengawal Tammy Abraham sehingga penyerang itu mampu memperdayakan Bernd Leno.

“Lebih malang beliau sama sekali tidak berupaya membuat sebarang bentesan atau memintas bola semasa perlawanan menentang Chelsea.

“Pada saya, Arsenal tidak akan bangkit biarpun pengurus silih berganti selagi Mustafi masih diturunkan dalam kesebelasan utama.

“Arsenal mungkin berbangga memiliki pengendali seperti Arteta tetapi tidak ada yang dapat dilakukannya jika kelab masih memiliki pertahanan berpengalaman dengan kualiti seperti Mustafi,” katanya.

Skuad Arteta tumbang 1-2 kepada Chelsea pada aksi pertamanya di Stadium Emirates pada Sabtu lalu sebagai pengendali Arsenal.

Artikel Berkaitan:

Pada derbi London itu, tuan rumah terlebih dulu mendahului menerusi Pierre-Emerick Aubameyang sebelum 10 minit babak terakhir menyaksikan kebangkitan The Blues hasil jaringan Jorginho minit ke-83 diikuti ledakan Abraham empat minit kemudian.

Arsenal yang kini menduduki tangga ke-12 liga bakal bertandang ke Stadium Old Trafford menentang Manchester United pada awal pagi Khamis.