Polis buru lelaki curi duit tabung surau

Tangkap layar video yang tular memaparkan seorang lelaki dipercayai sedang mencuri wang tabung sebuah surau di Ulu Tiram, Johor Bahru pada Ahad
Tangkap layar video yang tular memaparkan seorang lelaki dipercayai sedang mencuri wang tabung sebuah surau di Ulu Tiram, Johor Bahru pada Ahad
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai mencuri duit tabung sebuah surau di Ulu Tiram di sini pada Ahad bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya mengetahui kejadian berkenaan selepas mengesan video kejadian berkenaan yang tular dalam media sosial.

"Pihak polis mengesahkan telah menerima laporan daripada seorang lelaki warga tempatan berusia 60 tahun.

"Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 6.30 petang, 1 Januari lalu di sebuah surau di Ulu Tiram.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan dikenakan denda," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, pihak polis sedang mengesan suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh berhubung dengan pegawai penyiasat, Asisten Superintenden Mohd Hafizan Roslan di talian 012-7833499 atau 07-3864222 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular video berkenaan yang berdurasi 1 minit lapan saat dalam media sosial memaparkan seorang lelaki kelihatan masuk dalam surau berkenaan.

Suspek terbabit dilihat mundar-mandir dalam surau tersebut melihat persekitaran sebelum dalam beberapa saat mencuri wang dari tabung surau berkenaan.

Artikel Berkaitan: